CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 19, 2008

Aku seorang Kulikutif...huhuhuuuuu

pagi ni smpi keje jiwa dah kacau...hati dah risauuuu... oh! so scary okeh!ops! tak berani nk huraikan...cukup ler kiter-kiter kat sini ajer tau...huhuhu

ehhh... aper kaitan Job Scope aku ngan buah epal yg diukir penuh senilukis ini? takder aper²...itew menunjukkan aku lom sarapan lagi...lapar gler ooooo!



SKOP TUGAS

Jawatan:
Penolong Pendaftar (Bhgn Penyelidikan & Teknikal)

Nama Pegawai (pegawai aper, kuli lerrrr) :
Rahayu Abdul Rashid

No.Kp:
79XXXX-11-XXXX (akak dah nk masuk 30 thn okehhh!)


Melapor diri kepada:
Punch Kad + Pengarah + Opismate saye...hihihi


1.0 Pengurusan dan Pentadbiran Penyelidikan

1.1 Menyelaras pengurusan dan pentadbiran harian projek-projek penyelidikan di peringkat UNiSEL.

1.2 Menyemak kertas cadangan penyelidikan dari sudut teknikal dan mengurus Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Kertas Cadangan Penyelidikan UNiSEL.

1.3 Menyelaras hal-hal berkaitan kontrak penyelidikan di antara UNiSEL dengan kerajaan seperti MOSTI, Kementerian Pendidikan Tinggi dan agensi awam lain.

1.4 Menyelaras dengan badan-badan pembiaya dana/geran mengenai peruntukan kewangan penyelidikan.

1.5 Menyemak dan menyelaras laporan kemajuan fizikal dan kewangan projek penyelidikan yang disediakan oleh penyelidik mengikut waktu kitaran dan format yang ditetapkan pembiaya dana.

1.6 Menyemak inventori peralatan yang dibeli oleh penyelidik dengan menggunakan geran penyelidikan.


2.0 Teknikal

2.1 Menyediakan laporan kemajuan projek secara keseluruhan.

2.2 Mengendalikan mesyuarat bersama-sama pembantu penyelidik

2.3 Membantu Pengarah UPPU melaksanakan Audit Penyelidikan.

2.4 Menyelaras di antara UNiSEL dengan MASTIC bagi projek pengkalan data MOSTI mengenai maklumat terkini berkaitan penyelidikan.

2.5 Membantu menyediakan kertaskerja kursus latihan dan laporan post-mortem, berkaitan penyelidikan.


3.0 Lain – lain tugas yang diarah oleh pegawai atasan

3.1 Membantu Penyelia (Kewangan) UPPU menguruskan pentadbiran kewangan penyelidikan.

3.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa

tu laaaa... mak bapak suh blaja rajin-rajin...aku malas.... padan muker aku jd kuli ajerrr...

No comments: